Sulit
3 tahun
Selsema berpanjangan untuk kanak-kanak
Hi docs, ank perempuan sy berusia 6thn mengalami selsema yg berpanjangan. Hampir 3 bulan. Telah ke klinik beberapa kali utk dptkan rawatan, tetapi masih tidak sembuh. Adakah anak sy mempunyai resdung?Dia selalu bersin, mengaru² dan berbau agak hanyir. Adakah ianya berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda mengalami tersebut, selsema, kerap bersin, mengaru-garu dan berbau hanyir adalah kejadian umum dalam kalangan kanak-kanak. Ia boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Selsema biasa
- Alahan hidung
- Radang resdung
- Semput (asma)
- Jangkitan (virus atau kuman)
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anak anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.