
Sulit
4 tahun
Sukar untuk tidur siang
saya mengalami sukar tidur waktu siang walaupun bekerja di waktu malam,bila saya bekerja di waktu malam,saya jadi cmni bila sya kje malam,sya shift seminggu mlm,seminggu siang…ade mse jntung sya bederbar-derbar,kdg smpai sakit kepala…adakah sya insomania atau anxiety,mohon peceharan dri doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, insomnia bermakna kesukaran untuk tidur dan gejala jantung berdebar-debar dan sakit kepala boleh berpunca daripada kekurangan tidur. Untuk pengetahuan anda, otak manusia akan mengeluarkan hormon melatonin pada waktu malam dan menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk. Terdapat punca lain yang boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur seperti:
- Stres dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.