
Sulit
4 tahun
Sy ada ulser dkt rongga mulut
Sy ada ulser mulut dkt rongga mulut…tpi sy dah jumpa dktr Ent masih blom sembuh…ape yg perlu sy lakukn…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ulser mulut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kecederaan akibat makanan
- Kecederaan akibat struktur gigi yang kurang baik
- Tabiat merokok
- Kurang menjaga kebersihan mulut
- Jangkitan di dalam mulut
- Gejala penyakit lain seperti kekurangan zat besi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh merujuk kembali doktor ENT yang merawat anda, atau merujuk kepada doktor lain. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.