Sulit
5 tahun
Terdapat bonjolan kecil di batang zakar
Saya 47 tahun…baru ini saya tersedar terdapat bonjolan kecil di bawah kepala zakar di batang zakar dibawah kulit…bonjolan itu memanjang seperti lingkaran saraf dan terdapat seperti gumpalan kecil…bila dipicit dia keras Dan sakit bila batang keras ia berbentuk lingkaran saraf yg besar apakah itu penyakit kelamain?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak dapat memeriksa keadaan anda secara fizikal, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan. Namun begitu, benjolan pada zakar boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
- Jangkitan menular seksual yang lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.


































