Sulit
5 tahun
Terdapat bonjolan kecil di batang zakr
Saya 47 tahun… terdapat bonjolan kecil di bawah kulit batang zakar saya dibawah kepala zakar. Bonjolan ini berbentuk panjang sedikit seumpam saluran darah…Dan terdapat bonjolan berbentuk hampir bulat. Ia menjdi sakit dan perit apabila zakar menegang Dan sakit sedikit apabila ia kendur. Apakah penyakit ini sebab kelamain Dan apakah ubat sapu Dan makan yg sesuai utk penyakit saya ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan di batang zakar. Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh berpunca daripada:
- Sista (cyst) kulit
- Kesan gigitan serangga
- Alahan pada kain atau bahan sabun
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah penting. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































