
Sulit
3 tahun
Terlalu takut dengan petir dan guruh
Hai doktor. Saya berumur 21 tahun dan saya ada masalah takut yang melampau terhadap petir dan guruh. Kadang2 sampai rasa nak ambil ubat tidur setiap kali nampak langit mendung. Saya selalu check ramalan cuaca and kalau ramalan kata ada guruh petir esok hari, malam tu saya dah rasa takut. Rasa nak muntah, nak menangis semua ada. Saya langsung tak boleh dengar guruh, even guruh dalam tv pun saya takut sangat2. Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi doktor melainkan tidur je tapi setiap kali ada petir, saya memang tak boleh tidur. Tolong bantu saya doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah terlalu takut dengan petir dan guruh. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sedemikian lazimnya boleh berlaku akibat beberapa hal seperti:
- ketakutan akibat terkejut oleh bunyi yang terlampau kuat
- gangguan perasaan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Fobia spesifik
- Serangan panik
- Masalah psikiatri yang lain seperti anxiety
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.