Sulit
5 tahun
Tidak selesa di kerongkong
Saya nak tanya, kenapa saya merasa ada makanan di kerongkong saya? Tiap kali saya makan pasti saya mahu muntah. Bila saya dah muntah tapi still rasa ada makanan di kerongkong saya. Dan itu buatkan saya tidak selesa langsung. Bagaimana dr?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- GERD (gastroesophageal reflux) - penyakit yang menyebabkan refluks asid dari perut sampai ke tekak
- Keradangan pada tekak
- Penyakit yang menyebabkan kesukaran untuk menelan
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.





























