
muhamadraimi800
5 tahun
Ujian darah dan std di klinik kerajaan
Bolehkah ujian darah mengenal pasti penyakit seperti sifilis ataupun STD? Seperti ujian darah biasa di klinik kerajaan. Bolehkah membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika anda ingin menjalani ujian saringan sifilis, anda boleh mengunjungi klinik atau klinik kesihatan terdekat. Nyatakan hasrat anda dan mereka akan menjalankannya kerana ujian tersebut adalah ujian spesifik.
Bagi keterangan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.