
Sulit
5 tahun
Urine test lulus ke tidak
Saya ada kawan lelaki umur lgkungan 20 an . Dia ada mgambil ganja pd tahun 2016 shingga skg tp jarang , atas sbb ingin mncuba apakah ujian urine dy akn negative …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ganja adalah merupakan ubat yang terlarang di Malaysia. Ia adalah dilarang kerana pengambilan ubat ini boleh membawa banyak kesan buruk terutamanya merosakkan sel otak dan membahayakan nyawa anda.
Merujuk kepada pertanyaan anda, sebetulnya sukar untuk ditentukan tempoh keberadaan ubat dalam air kencing mahupun darah. Hal ini kerana ia adalah tergantung kepada kuantiti, berapa lama anda telah mengambilnya serta metabolisme tubuh anda. Secara umum, ubat ini akan diserap di usus dan kemudian bersirkulasi dalam tubuh melalui hati sebelum ke buah pinggang menjadi air kencing. Oleh kerana penyerapan ubat ini adalah tinggi, kemungkinan untuk tinggal dalam tubuh semakin tinggi. Justeru, kami tidak boleh memberi kepastian tentang tempoh keberadaan ubat dalam tubuh ataupun hasil ujian air kencing memandangkan tiada kajian yang tepat serta maklumat yang belum lengkap.
Disamping itu, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan kembali pilihan anda dalam pengambilan ganja. Silakan untuk mendapatkan bantuan dengan menghubungi AADK ataupun kaunseling. Untuk info dan maklumat lanjut, klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.