Sulit
6 tahun
Vagina berbau busuk dan hanyir
vagina dianogsis…vagina diai dokter…sy ingin bertanya…faraj saya mengeluarkan cairan yang berbau sangat busuk…selepas bersalin saya ada ambil suntikan perancangan…selalunya saya lewat seminggu untuk ambil suntikan,saya akan datang haid.tapi kali terakhir saya terlewat 7 hari mengambil suntikan, dan dokter menyarankan untuk tidak menyuntik dan mengesyorkan untuk saya menunggu 3x datang haid baru saya boleh mendapat suntikan perancang…tapi selama 2bulan sejak dari tarikh itu saya tetap tidak datang haid…dan saya telah buat ujian kehamilan dan negative…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































