Anonymous
5 tahun
Vagina keluar darah tidak banyak
Saya wanita 30an.da 7 tahun berkahwin.Masalah saya adalah,baru-baru ni,dalam bulan ramadhan bila saya bersama dengan suami,saya akan mengalami setitik darah pada keesokan paginya.Darah tu tidak berbau seperti darah haid,dan seakan-akan darah segar.Kadang kala warnanya tidak terlalu merah dan kadang kala seperti coklat.Bila saya bersama suami,saya tidak berasa sakit.Saya rasakan diatas ari-ari saya sedikit sakit pada bahagian kiri dan perut saya rasakan seakan-akan berat.Malah saya menggunakan suntikan perancang kehamilan.Sekarang dah 3 tahun saya gunakan suntikan tu.Darah yang keluar hanya setitik dan tidak berterusan.Hanya keluar selepas saya bersama suami.Hal ini menyebabkan saya fobia untuk bersama.Tolong jelaskn doktor.Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kami memahami kebimbangan anda teerhadap hal ini.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.Antaranya ialah:
Faraj kering (“vaginal dryness”)
Kurang pelincir ketika seks
Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Cervical ectropion
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih