Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami trauma dan tekanan
Saya merasakan saya mengalami trauma setiap kali mendengar hentakan kuat. Setiap kali mendengar hentakan, perut saya mula memulas. Hentakan ini dimulakan oleh orang yang tinggal bersama saya yg suka menghentak kaki dengan kuat tanpa mengira waktu dan meyebabkan saya terkejut. Hal ini sudah berpanjangan selama beberapa tahun.Hal ini juga menyebabkan saya mengalami masalah sukar tidur dan senang terjaga jika bunyi sesuatu. saya perlukan banyak masa untuk kembali tidur. Masalah susah untuk tidur baru sahaja saya mengalaminya beberapa bulan ini. Kekurangan tidur menyebabkan saya mula sakit kepala. Susah tidur menyebabkan saya mula stress dan menangis.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kecelaruan personaliti dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.