
Anonymous
4 tahun
Air kelapa untuk merawat Demam chickenpox
Hi Doktor,
Anak pertama saya sedang dalam proses penyembuhan chickenpox. Tiba- tiba anak kedua saya pula berjangkit. Soalan saya, perlukah chickenpox ini di rawat dengan memberi minum air kelapa muda? Ada bacaan saya dari google menyatakan, dengan memberi minum air kelapa boleh menyebabkan pesakit lebih terseksa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda minum air kelapa mempunyai banyak khasiat dan amat sesuai diberikan kepada anak anda.
Doktor mungkin akan memberi ubat antihistamin atau ubat sapu, atau anda juga boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi untuk membantu melegakan gatal-gatal. Anda juga boleh mengurangkan kulit gatal melalui beberapa petua seperti:
- Mandi air suam
- Menyapu losyen tanpa wangian
- Memakai pakaian yang ringan dan lembut
Doktor juga boleh memberikan ubat antivirus sekiranya anda mengalami komplikasi daripada virus atau berisiko untuk kesan yang lebih buruk. Orang yang berisiko tinggi biasanya adalah orang dewasa , warga tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Ubat antiviral ini tidak menyembuhkan demam campak. Ia akan membuatkan simptom menjadi kurang teruk dengan melambatkan aktiviti virus. Ini akan membolehkan sistem imun tubuh anda sembuh dengan lebih cepat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih