
norlizaabdtalib
5 tahun
Anxiety, gastrik/gerd dan susah bernafas
Sy wanita umur 53, sy sedang gastrik/gerd/kembung/angin dan jd sy ambil alusid syrup, juga ada mungkin alahan yg sebabkan hidung rasa sukar bernafas/sempit dan tekak susah menelan mcm ada lendir dn sedang ambil clarinase baru lapang hidung, dada berdebar2 memikirkan masalah sy kerana sangat takut bila susah utk menarik nafas, bolehkah sy mengambil xanax atau pls advise…sy tak dapatt tidur sekarang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat xanax biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Masalah keresahan
- Serangan panik
- Masalah keresahan yang disebabkan oleh masalah kemurungan
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan
- Pening kepala
- Penghasilan air liur bertambah
- Kurang keghairahan seksual
- Lelah
- Masalah memori
- Gangguan berat badan
- Cirit-birit
- Insomnia
- Gangguan tidur
- Sembelit
- Tekanan darah rendah
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.