Sulit
5 tahun
Bacaan darah 125/109
umur sy 34,tekanan darah saya 125/109,pulse sy 90,tangan sy kebas dan menggigil,kaki sy rase lenguh.apakah maksud tanda2 ini,adakah bacaan tekanan darah sy itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kesimpulan tidak boleh dibuat melalui satu sahaja bacaan tekanan anda. Tekanan darah yang tepat adalah purata tiga bacaan dan pihak kami tidak boleh memberi ulasan melalui hanya satu bacaan. bacaan 109 adalah tinggi. namun ia tidak begitu tepat untuk terus diberi kesimpulan.
Walaubagaimanapun, memandangkan anda mengalami gejala diatas, maklumat lebih lanjut untuk dikenalpasti bagi mengetahui punca masalah sebenar. Gejala tersebut boleh disebabkan faktor seperti:
- kandungan gula dalam darah yang rendah
- Sel darah merah yang rendah, Anaemia
- jangkitan virus/kuman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.