ilyaniza.87
2 tahun
Bengkak di leher dan susah bernafas
Saya awal 30an baru ni sy dimasukan ke wad disebabkan demam denggi.dah hampir sebulan sy keluar dalam 3minggu ini sy kerab demam di waktu malam badan jadi lemah susah nafas dan tak ada selera untuk makan. Dalam 3 hari yg lepas sy dapati leher sebelah kanan sy bengkak dan susah untuk bernafas.boleh dr jelaskan apa tindakan yg perlu sy ambil dan berbahayakah situasi sy ini.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bengkak pada leher anda serta simptom lain yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Bengkak nod limfa - akibat demam denggi anda
- Bangkak kalenjar tiroid
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst” atau “thyroglossal cyst”
- Radang tonsil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.