fadilahjamaludin0
2 tahun
Kelenjar leher bengkak
hai doctor, saya seminggu lepas ada sakit tekak dan kelenjar di leher saya bengkak. boleh saya tahu berapa lama kebiasaannya bengkak di leher tersebut akan surut? thankyou.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak kalenjar mahupun nod limfa dileher selepas terdapatnya jangkitan pada kebiasaanya akan mengambil masa beberapa hari hingga 1-2 minggu untuk surut. Sekiranya ia tidak surut, pemeriksaan lanjut oleh doktor diperlukan dan ini termasuklah maklumat tambahan. Sekiranya perkara ini masih berlanjutan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.