Anonymous
2 tahun
Sakit & bengkak di leher kiri
Saya wanita berumur 24tahun. Seminggu yang lalu saya mengalami ketidakselesaan di bahagian leher kiri sewaktu bangun dari tidur. Selepas beberapa hari sakit mulai terasa dan bengkak sedikit disusuli dengan rasa demam pada waktu malam. Badan saya panas dan berpeluh. Saya akan sakit kepala, badan letih tk bermaya, dan mula terasa demam pada waktu malam hingga awal pagi. Keesokkannya, badan saya balik kepada normal. Saya ada pergi ke klinik tp doc disana cuma bagi ubat tahan sakit sahaja. Boleh doc terangkan kenapa ye?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara punca bengkak yang sakit di leher kiri
- jangkitan kuman atau virus
- tegang otot leher
- torticollis
- ketumbuhan tidak bahaya
Terdapat juga bengkak dan sakit leher yang disebabkan oleh kanser seperti
- limfoma
- ketumbuhan pada otot leher
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.