Sulit
2 tahun
Sakit bahagian leher dan pening
1)LEHER SAKIT BERLARUTAN
2)KERAP MUNTAH
3)BADAN TIDAK SEIMBANG KETIKA BERJALAN
4)TIDAK BOLEH BERADA DI TEMPAT BERKUAB DAN TIDAK BOLEH BERJALAN DALAM TEMPOH YANG LAMA KERANA RASA SEPERTI PENING,SAKIT LEHER,JANTUNG BERDEGUP SANGAT KENCANG,RASA MAHU PITAM DAN TERMUNTAH
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Sakit migrain
- Jangkitan meningitis (radang selaput otak)
- Jangkitan dalam telinga
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.