Anonymous
2 tahun
Biji tumbuh di leher
saya wanita berumur 21 tahun. Pada 3-4 tahun yang lalu, saya sedar saya mempunyai ketulan kecil d leher, ianya lembut dan sudah berjumpa dengan doktor, doktor itu kata selagi dia tidak sakit dan tidak membesar, nothing to worry about. But lately, i found the lumps are getting bigger and my joints hurts. Im scared to be diagnose. Is it that thyroid?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada leher anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) - kista mempunyai berbagai jenis seperti “sebaceous cyst”, “thyroglossal cyst”
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman atau pun limfoma
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kalenjar tiroid - boleh membengkak akibat hiper atau hipotiroid
- Abses atau nanah dari jangkitan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.