gpizie90
2 tahun
Urat tengkuk tegang
saya berusia 29 tahun dan bekerja di sebuah hotel di johor bahru.Kadangkala shift bekerja yang tidak teratur menyebabkan Saya mengalami masalah urat tengkuk yang tegang seolah-olah memikul bebanan yang berat yang juga menyebabkan kerap sakit kepala,penglihatan terganggu,mata merah dan berair.Selain daripada itu selera makan saya berkuarangan,dan setiap malam sukar untuk tidur emosi saya juga terganggu sejak kebelakangan ini.Soalan saya,apakah punca bagi simptom-simptom dia atas dan adakah ia berpunca kerana stress?dan adakah perlu saya untuk mendapatkan nasihat daripada doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, tegang pada tengkuk dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Postur badan yang tidak baik saat bekerja
- Muscle strain
- Kekurangan stabiliti otot tengkuk
- Kecederaan whiplash
Antara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan gejala sakit pada tengkuk adalah seperti berikut:
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit. - Hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukannya adalah dengan balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastkani tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.