Sulit
2 tahun
Sakit leher sebelah kiri sebab salah baring
Leher kiri saki sebab salah baring …bagaimana hendak merawat dan mengelakkannya dari berulang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, tegang pada tengkuk dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Postur badan yang tidak baik saat bekerja
- Muscle strain
- Kekurangan stabiliti otot tengkuk
- Kecederaan whiplash
Antara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan gejala sakit pada tengkuk adalah seperti berikut:
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit. - Hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukannya adalah dengan balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastkani tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.