Anonymous
2 tahun
Sakit pada bahagian tengkok
Saya shahril berumur 34 tahun.baru2 ni sy ada mngangkat beban yg berat mnggunakan tangan kiri.selepas mngangkat,sy berasa sakit urat tengkuk di sebelah tengkok kanan.sakit tu merebak hingga kebahagian dada apabila sy tundukkan leher sbelah kanan.jari tngan kanan sy xdpt lentikkan.tp klau sy gengam tiada msalah.sy telah mngambil ubat urat,tetapi sakit tidak brkurangan.jd apakah jalan penyelesaiannya…adakah sy prlu melakukan urutan kaedah tradisional.trima kasih tuan dktor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan masalah anda antaranya ialah
- salah postur ketika mengangkat bebanan
- otot terkoyak terutamanya otot bahu
- masalah tendon jari terkoyak
- masalah dengan otot leher (torticollis)
- terkehel tulang bahu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.