Sulit
2 tahun
Sakit Leher Belakang Belah Kanan
Hi doktor, saya umur 22 tahun. Baru2 ni saya mengalami sakit leher di bahagian belakang belah kanan. Terasa tegang dan berdenyut2. Dia akan rasa sakit lagi bila saya duduk dalam kawasan yg sejuk. Lagi terasa tegang & sakit. Langsung tak boleh nak gerakkan kepala ke kiri & kanan. Bila bangun dari tidur, tak rasa sakit. Tapi dah lama2 tu saya rasa sakit tu naik slow2 lepastu tegang balik. Adakah itu masalah urat? Saya ada makanan panadol extend, dia reda sekajap. Bila panadol dah habis, sakit tu datang balik. Apa yg perlu saya buat ye dr? Ia akan berlarutan sampai bila ye, sbb dia menganggu utk saya bekerja yg memerlukan banyak pergerakan. Extra information, saya tiada tanda2 sakit yg lain. Cuma tegang urat leher sahaja. Terima kasih dr
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbuhan pada otak ataupun saraf spina sebelah kanan
- Masalah reumatoid seperti ankylosing spondylitis, reumatoid arthritis (gejala-gejala sakit sendi)
- Otot sekitar leher tegang
- Tulang spina terseliu atau beralih posisi
- Masalah salauran darah karotid
- Jangkitan kuman pada tulang sekitar leher
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.