Sulit
2 tahun
Leher rasa tidak selesa dan lenguh
saya lelaki 21 tahun. leher saya rasa tidak selesa dan lenguh-lenguh. dibwah bahagian dagu saya rasakan seperti ada biji-biji di dalam. apakah penyebabnya dr? saya risau jika ada masalah di dalam leher saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah biji di leher anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Noda limfa kembang
Kelenjar air liur kembang
Kista
Lipoma
Kanser
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.