Anonymous
2 tahun
Beguk di leher kanan
Sy lelaki berumur 28, sy hendak tanya ada rawatan untuk beguk tak? Sangat-sangat buntu sekarang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, beguk adalah keradangan kelenjar liur yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus Paramyxovirus
- jangkitan kuman yang lazimnya Staphylococcus aureus ( S. aureus )* jangkitan kuman TB
- autoimun
- pada orang HIV
Rawatan beguk adalah tergantung kepada penyakit penyebabnya. Memandangkan penyebab terbanyak adalah akibat virus, maka perawatan utama beguk adalah berupa pemberian ubat demam dan ubat tahan sakit.
Nasihat atau petua lain yang selalu diberikan oleh doktor juga termasuklah:
- Tuam badan bagi mengurangkan suhu demam
- Minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi
- Bercuti daripada pekerjaan atau sekolah
- Menggunakan topeng muka ketika berjumpa dengan orang lain
- Menjauhi tempat-tempat awam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.