Sulit
2 tahun
Bengkak kelenjar di leher
Saya wanita berusia 48 tahun. Saya mengalami bengkak kelenjar di leher kiri dan kanan. Saya mengalami sakit dan susah untuk membuka rahang dan sakitnya hingga ke telinga. Akhirnya semakin membengkak. Kelihatannya seperti beguk tetapi doktor mengatakan ia disebabkan virus dan hanya memberi saya ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Saya hanya mengalami demam yang tidak begitu kuat. Sehingga hari ke 5 bengkak itu masih belum hilang dan apabila makan rasa sakit berdesut pada kedua2 rahang saya. Saya hilang selera makan sejak menghadapi masalah ini. Soalan saya adakah masalah ini menunjukkan simptom penyakit lain yang lebih berbahaya?. Jika disebabkan jangkitan bakteria atau pun virus berapa lamakah bengkak ini akan pulih sepenuhnya?
Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, biasanya bengkak yang disebabka virus tidak memerlukan antibotik. Antibiotik adalah untuk jangkitan melibatkan bakteria. Antara punca bengkak kalenjar adalah angkitan kuman pada struktur berdekatan, atau jangkitan sistemik. Jangkitan pada struktur berdekatan leher adalah telinga, gusi dan tekak.
Sesetengah jangkitan bakteria atau virus mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh bergantung kepada organisma penyebab dan tahap keseriusan jangkitan. Namun, jika ia berlarutan, sila rujuk masalah anda ini kembali.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.