shasha.9903
3 tahun
Bolehkan seseorang yang mengalami cirit birit menjadi tanda gejala Covid19 tanpa ada simptom seperti batuk, selsema dan seangkatan dengannya.?
dekat 2 hari ni saya cirit birit, yang pelik tu saya makan makanan yang sama dengan family saya tapi family saya x de sorg pun yang cirit brit atau sakit perut. And then saya makan, saya cirit birit. Saya hanya ada alergi berkaitan hidung saja. Sekian Terima aksih harap doktor boleh tolong saya,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah cirit birit walaupun makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, cirit birit tidak tergolong dalam simptom COVID-19, gejala ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Tidak toleransi kepada sesetengah makanan seperti susu, keju dan sebagainya.
- Terlalu banyak minum air
- Terlalu banyak makan serat
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan virus/bakteria dalam perut
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah usus
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih