
Sulit
4 tahun
Hamil 33w, Demam, Sesak nafas, Sakit tekak, Sakit badan
Saya wanita hamil 28thn di 33w.
Day1 - Sesak nafas, sakit badan & mula demam 38.6c (ambil 1 biji panadol waktu malam).
Day2 - Simptom Masih sama, pergerakan baby kurang aktif, pergi gov clinic, demam 37.8c, jawab soalan saringan covid 19, Dr check jantung bayi okay dan dimaklumkan viral fever. Ada makan panadol.
Day-3 - Simptom masih ada, mula rasa tekak, tak selesa tapi demam turun 37.2c. Ada makan panadol.
Today - simptom ada tapi berkurangan, demam on off…
Soalan :
- Perlu saya self-monitor covid19 simptom dan tidak bekerja sehingga 14 hari berikutnya?
- Tiada kesan pada bayi jika ambil panadol berterusan?
- Apa patut saya lakukan jika demam datang kembali melebihi 37.5c? Risau keadaan bayi dlm kandungan.
Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Memandangkan anda sudah diperiksa oleh doktor dan mereka berpendapat ianya hanyalah viral fever, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Sekiranya anda tidak turun bekerja, pihak klinik tidak boleh memberikan anda slip cuti sakit.
Setakat ini, tiada laporan mengenai paracetamol memberi kesan buruk kepada ibu mengandung. Akan tetapi, anda amat disarankan untuk mengambil ubat tersebut dalam dos yang palin sedikit untuk masa yang pendek sahaja.
Sekiranya anda demam lagi, anda boleh cuba mengambil ubat paracetamol terlebih dahulu dan melakukan sponging. Sekiranya demam anda terlalu tinggi atau berterusan, anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.