Sulit
2 tahun
Hubungan sexs dan cara untuk mencegah kehamilan kerana belum sedia lagi
Saya wanita 20an baru lepas melakukan hubungan intim bersama kekasih selepas sebulan saya tidak mengalami kitaran haid dan saya mengalami sakit perut yang amat sakit dan keputihan yang amat teruk adakah itu tanda tanda kehamilan? Harap doctors dapat membantu untuk mencegah masalah ini dan menyarakan untuk ambik ubat yang sepatutnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat atau tidak datang boleh disebabkan oleh mengandung, tetapi masih ada sebab sebab lain perkara ini berlaku seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Seterusnya,mengenai sakit perut dan masalah keputihan, anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan simptom-simptom ini menjadi lebih serius.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan kencing atau darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!