Sulit
3 tahun
I have allergies now
Hai selamat pagi saya ayien saya ialah orang sarawak dan saya berumur 23tahun …tiga hari sudah berlalu dan sepanjang saya dduk dirumah saya meminum super ayu kopi kacip fatimah dan kolagen asal saya sudah minum kopi ni badan saya terus alami alahan dan baru awal pagi ini saya perasan dan mengetahui bahawa saya ada alahan minum kopi ni …apa sebab ia kenapa saya boleh alahan bila minum kopi ni…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini mengenai masalah alahan/kesakitan. Alahan makanan adalah tindak balas abnormal terhadap makanan, yang dicetuskan oleh sistem imun badan. Tindak balas alergi terhadap makanan kadang kala boleh mencetuskan kesakitan yang teruk dan membawa maut.
Antara makanan yang biasanya mencetuskan alahan adalah:
- Susu lembu
- Telur
- Legum (kacang soya dan kacang tanah)
- Kekacang (badam, gajus, pecan, pistasio, walnut)
- Sesetengah jenis Ikan
- Makanan laut dan kerang-kerangan (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram, siput dan sebagainya)
Tanda-tanda dan gejala alahan makanan termasuklah :
- Sistem pencernaan
- perut memulas
- rasa loya
- muntah
- cirit birit
- Kulit
- Gatal-gatal dan kerengsaan kulit
- Angiodema – bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain
- Ekzema – kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih
- Sistem pernafasan
- Lelah atau mengah dan sukar bernafas
- Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah membawa kepada kejutan yang membawa maut.
Cara terbaik mengatasi alahan makanan adalah dengan mengelakkan makanan yang mencetuskannya. Bagi kes yang telah dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan pencetus alahan tersebut merupakan langkah yang paling berkesan.
Berkenaan ubat dan rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini, ianya memerlukan preskripsi daripada doktor. Oleh itu, dapatkan nasihat Pegawai Perubatan dan Pegawai Dietetik bagi mendapatkan rawatan dan pengambilan ubat anti-histamine sekiranya perlu, begantung kepada arahan dan nasihat Doktor.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih