Anonymous
5 tahun
Insomnia atau tidak?
Hi, saya wanita 21 tahun. Saya ada masalah dgn tidur. Dah lebih kurang setahun saya tidur lewat sebab otak saya mesti fikir je sampai tak boleh tidur. Saya akan tidur dalam pukul 8 pagi dan bangun dalam pukul 3 atau 4 petang. Saya dah paksa diri saya untuk tidur malam tapi tak boleh langsung. Pernah sekali, saya paksa tidur pukul 12 pagi dan saya terjaga pukul 3 pagi. Lepastu saya dah tak boleh tidur.
Tapi bila saya ada urusan penting esok pagi, saya paksa diri saya tidur lepas maghrib and mesti akan terjaga around pukul 12 atau 1 pagi and lepas tu tak boleh tidur dah sampai lah matahari terbit.
Jadi, soalan saya: Adakah saya mengalami insomnia?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda, ciri-ciri insomnia adalah:
- Sukar tidur
- Sering terjaga ketika tidur
- Tidur tidak nyenyak
- Sukar tidur kembali selepas terjaga
- Bangun tidur terlalu awal
- Berasa letih walaupun baru bangun dari tidur
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai ciri-ciri penghidap insomnia. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah ini haruslah diketahui dan ditangani. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.