
Sulit
4 tahun
Jatuh tergelincir kerana lantai licin
Hi doc,saya pernah jatuh tergelincir dan terhentak di bahagian belakang kepala. Selepas jatuh, saya mengalami simptom bingung seketika dan mengantuk. tapi selepas saya tidur saya berasa baik. adakah saya perlu risau dan berjumpa dengan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda terhadap gejala yang anda alami.
Untuk makluman anda, simptom bingung yang anda katakan dikenali sebagai amensia di mana anda lupa apa yang menyebabkan anda jatuh atau sepanjang anda dalam keadaan bingung tersebut.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda agar bejumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Sakit kepala
- Gangguan penglihatan
- Lemah badan dan lesu
- Muntah dan loya
- Sakit di bahagian leher dan belakang
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian. Terima kasih.