Sulit
2 tahun
Jenis ujian penyakit kelamin/hiv
Hi , doctor
saya nak tanya , nama ujian yang sekali dgn penyakit kelamin and hiv , apa nama dia ya? Utk kita nak check sifilis , gonorrea and dalam masa sama utk hiv sekali. Boleh tahu tak itu ujian apa?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ujian penyakit kelamin.
Untuk pengetahuan anda,terdapat beberapa jenis penyakit kelamin yang boleh dikesan melalui ujian.Termasuk HIV, sifilis(VDRL), and hepatitis B di bawah lajur “infectious screen”.
Selain menjalani ujian tersebut,saya menasihatkan anda untuk memantau simtom-simtom kendiri yang berkenaan seperti kutil luar biasa dalam badan atau bahagian sulit, demam atau sakit-sakit badan dan kesakitan semasa kencing sebelum berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.