
Sulit
4 tahun
Kencing tapi sedikit
Kenapa saya rasa nak terkencing tapi bila kencing keluarnya sedikit.saya juga kadang2 rasa sakit di bwah perut jika tidak kencing .kenapa ya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Gejala kerap rasa ingin kencing namun hanya kencing sedikit ini boleh disebabkan oleh masalah serius atau tidak. Oleh itu, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana gejala kerap rasa ingin kencing boleh disebabkan:
- Keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.