
Anonymous
5 tahun
Kerap kencing , sakit dan keluar darah
Saya seorang isteri berusia 19 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata , masalah ini tidak sering terjadi dan akan berlaku pada bila bila masa . Rasa sakit akan terasa jika membuang air kecil walaupun sedikit . Saya terpaksa duduk setempat bagi menghilangkan sakit tersebut . Dan masalah ini juga membuatkan saya kerap berulang alik ke tandas kerana mahu membuang air kecil , padahal saya sudah membuang nya tadi . Seolah olah masih ada lagi . Masalah ini amat membimbangkan saya jika terkena penyakit penyakit yg tak diingini . Apa perlu saya buat ? Diharap doktor dapat menjelaskan atau menyelesaikan masalah saya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyebab kerap kencing dan kencing berdarah dan sakit adalah:
- Jangkitan kuman dalam mana-mana saluran kencing / Kencing Kotor
- Masalah batu karang di saluran kencing
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.