
Sulit
4 tahun
Leher di bahagian hadapan kira sakit
Dalam seminggu ni leher di bahagian depan (berhampiran halkum) saya sakit. Ia tidak sakit di dalam. Hanya sakit di bahagian luar.
Lagi sakit bila di tekan dan kadang kala terasa berdenyut. Adakah ini siptom penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tiroid (thyroiditis)
- Jangkitan kulit di sekitar leher
- Dermatitis atau radang kulit pada leher
- Ekzema
- Masalah otot di kawasan leher
- Ketumbuhan pada kawasan leher
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar ingin kami katakan sama ada ia berpunca daripada penyakit ataupun masalah otot sahaja kerana maklumat lanjut adalah diperlukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.