Sulit
3 tahun
Masalah berat badan tidak naik
Doktor saya mahu tanya…saya selalu makan dalam kuantiti yg banyak…tapi berat badan saya tetap tidak naik dan badan saya tetap tidak berisi walaupon sikit…berat saya 45 kg dan tinggi saya 171 cm…apakah masalah yang dihadapi oleh saya?? Adakah disebabkan cacing dalam badan ataupon masalah lain?? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah berat badan iaitu anda makan dalam kuantiti yang banyak tetapi berat badan anda tidak naik. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah yang anda terangkan boleh disebabkan oleh metabolisme badan tinggi yang mempercepatkan kadar penggunaan kalori yang diambil melalui makanan. Ini boleh disebabkan oleh faktor genetik ataupun faktor lain seperti melakukan senaman, ataupun mengambil supplemen. Namun, masalah hipertiroidisme juga boleh menaikkan metabolisme badan. Seperti yang anda sedia maklum, cacing dalam perut juga boleh menyebabkan masalah anda. Kami menasihatkan ana untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui jika kesukaran untuk anda menaikkan berat badan adalah disebabkan oleh metabolisme tinggi ataupun masalah kesihatan lain. Hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.