
Sulit
4 tahun
Masalah payudara kecil
Saya berumur 20 tahun tetapi saya memiliki payudara yang kecil. Apakah tibdakan yang harus saya lakukan untuk besarkan payudara saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saiz payudara dipengaruhi oleh genetik anda. Sekiranya wanita dalam keluarga ibu atau bapa anda mempunyai bahagian badan yang kecil, maka anda akan mempunyai payudara yang kecil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.