Sulit
3 tahun
Masalah Tidur (Ketindihan, Mimpi Buruk, Rasa Takut Yang Melampau)
Saya remaja perempuan berumur 21 tahun. Saya dah lama sebenarnya mengalami masalah tidur iaitu selalu ditindih dan kerap mimpi buruk selama bertahun-tahun hinggakan dah banyak cuba rawatan secara islamik tapi tetap berterusan. Namun saya berjaya tahan tetapi kebelakangan ini, saya sudah terlalu tidak tahan kerana jantung saya betul-betul akan rasa sangat takut dan risau jika saya bersendirian terutama pada waktu malam oleh itu saya tidak dapat tidur. Saya tidak dapat kawal rasa takut itu malah saya sedar tidak logik untuk rasa takut kerana tiada apa pun yang berlaku tapi jantung saya rasakan sedemikian. Oleh itu, saya cuma nak tanya cara untuk redakan ketakutan ini. Adakah pil penenang dapat membantu dan bagaimana saya hendak dapatkan bantuan di hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah sukar tidur malam, kerap mimpi buruk, rasa sangat takut dan risau jika anda bersendirian. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara seperti stress, gangguan kecemasan, kecelaruan personaliti, ketidakseimbangan hormon dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Ubat atau pil untuk menyenangkan atau mengatasi masalah anda ada sedia, namun, pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Banyak klinik dan hospital kerajaan atau swasta seluruh Malaysia mempunyai Jabatan Psikiatri tersedia, anda boleh jumpa sesiapa doktor kedekatan atau anda minat. Pakar akan menjalani sebarang periksaan dan penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab masalah anda dan membantu anda mengatasinya.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.