Sulit
2 tahun
Mata ada silicon oil dan ada luka pembedahan
anak saya cp oku terlantar mengalami masalah pada bahagian mata.dia pernah buat pembedahan mata untuk buang pendarahan pada kiri dan kanan mata. Bahgian kiri mata dia ada saraf yang terangkat dan kini mempunyai silicon oil dalam mata. Saya tak pasti samada dia masih boleh melihat atau tidak sbb dia tidak boleh berkomunikasi dengan orang. Saya cuma perasan dia masih ada sensitif pada cahaya sahaja. Adakah dia boleh pulih semula ? Ini adalah dilema saya selama beberapa tahun ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah silau ( astigmatism )
- Katarak
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan secara am mengenai masalah anak anda. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. nda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.