Sulit
3 tahun
Mata juling tapi penglihatan normal
saya berumur 18 , mata saya juling sebab kecuaian doktor . dan akibat itu kelopak mata saya jatuh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah mata juling boleh dirawat dengan melakukan pembedahan. Pembedahan mata juling (juga dikenali sebagai pembedahan otot extraokular, pembedahan otot mata, atau pembedahan sejajarkan mata) adalah pembedahan pada otot extraokular (otot diluar bola mata) untuk membetulkan kedudukan mata supaya selari. Pembedahan mata juling dapat dilakukan sebagai pembedahan rawatan harian ataupun pembedahan pesakit dalam. Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami sedikit kesakitan dan kemerahan pada tempat pembedahan.
Jenis-jenis pembedahan juling termasuk:
- Prosedur melonggarkan/melemahkan otot mata
- Prosedur mengetatkan/menguatkankan otot mata
- Prosedur transposisi/penyusunan semula otot mata
- Pembedahan jahitan laras (adjustable suture) adalah satu kaedah menyambung semula otot extraokular melalui jahitan yang boleh dipendekkan atau dipanjangkan dalam masa sehari selepas pembedahan yang pertama, bagi mendapatkan kedudukan mata yang lebih sempurna.
Indikasi pembedahan mata juling berbeza dan bergantung kepada tahap umur dan keperluan pesakit. Antara indikasi primer pembedahan mata juling adalah:
- Imej kelihatan dua (Double vision)
- Gangguan binokular
- Posisi kepala yang senget akibat juling
- Medan penglihatan yang sempit akibat juling
- Memberi penampilan yang meyakinkan (kosmesis).
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.