Sulit
2 tahun
Mata kiri terasa bengkak tetapi tiada perubahan ketara
Saya wanita berusia 22 tahun. Saya mempunyai masalah berkaitan mata. Saya merasakan mata kiri saya bengkak sehingga menarik sedikit pipi saya ke atas. Namun, saya melihat tiada perubahan yang ketara pada mata saya, tiada pembengkakan berlaku. Pandangan mata kiri saya juga juling dan lambat untuk fokus apabila menoleh. Apakah sebabnya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, mata anda bengkak dan pandangan lambat fokus apabila menoleh. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelopak mata
- Kekeringan mata
- Jangkitan mata
- Konjunktivitis
- Alahan
- Kecederaan kepada mata
Jika anda mengalami gejala yang berikut, sila jumpai doktor dengan segera:
- Sakit mata
- Penglihatan kabur atau putar belit.
- Penglihatan yang semakin teruk.
Jika bengkak ini bukan disebabkan oleh kecederaan dan tidak hilang selepas 24 hingga 36 jam, sila jumpai doktor dengan segera.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.