Sulit
3 tahun
Melakukan ujian saringan sifilis -vdrl
Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor, sy lelaki berusia 24 tahun… baru baru ini saya telah melakukan ujian saringan sifilis (vdrl)… dan keputusannya adalah non-reactive, soalan saya pertama, adakah cukup memadai hnya ujian vdrl shaja utk sahkan saya sama ada dijangkiti STD atau tidak? Sebab saya risau juga dijangkiti penyakit lain seperti gonorea, klamidia… kerana sbelum ini zakar sy ada melecet di urethra dan sekarang zakar sy ada bintik merah dan testis sy ada bengkak seperti gelembung air didalam tetapi sakit…
Soalan kedua, adakah ujian vdrl ini boleh berubah mjdi reactive? Kerana sy bimbang sifilis masih dlm inkubasi dan tidak menunjukkan simptom…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah jangkitan kelamin atau STD lazimnya terdiri dari penyakit seperti
- Gonorea,
- Klamidia
- Sifilis
- Jangkitan herpes
- Kankroid
- dan banyak lagi
Terkait hasil pemeriksaan laboratorium, ia lazimnya perlu diiringi dengan:
- hasil soal selidik (anamnesis / clerking) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (pengimejan, laboratorium, darah, dll.)
Justeru adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor anda yang meminta atau melakukan ujian saringan tempoh hari atau berjumpa secara langsung doktor di klinik atau hospital yang terdekat.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Yang pasti, untuk mengetahui kondisi kesihatan anda secara menyeluruh, pemeriksaan yang komprehensif perlu dilakukan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai gejala zakar melecet dan bintik kemerahan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).