Sulit
2 tahun
Muka kepala cengkung nampak tulang, ada slip dics tengkuk & sakit kepala
Saya wanita berumur 30an. Bulan 8 tahun lepas saya sakit kepala teruk … lepastu saya buat medical checkup dokter sahkan sy ada darah pekat… Dokter just suruh sy minum air banyak … sakit sampai bulan 4bulan lepas tu beransur kurang dan drh sy da normal… bulan 12 sy sakit tengkuk dah disahkan slip disc tengkuk sb selalu skit tengkuk & tangan … Lepas fisio sebulan sy rs ok cuma 2 mggu lepas tu dia sakit balik …sy rasa tengang dileher, tengkuk, bahu & muka, blakang kpala.& telinga saya kerap bedesing, mata bdenyut… muka rahang rasa ngilu pedih. masalah nya sekarang makin hari muka saya makin cengkung nampak tulang sangat bahgian kepala muka Dan tengkuk macam da tak ada isi. sangat2 cengkung. sy sangat risau berat sy normal xde turun … sy nak tanya dokter ape masalah sy sebenarnye adakah di sebabkan slip dis & masalah saraf or masalah kepala?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Slip disc merupakan penyakit yang berlaku apabila disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas.Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik di antara ruas tulang belakang ( vertebral body).Masalah slip disc boleh berlaku apabila struktur luarnya terkoyak, lalu menyebabkan struktur dalam terkeluar dan menekan saraf.
Terdapat beberapa punca untuk berlakunya masalah ini.Antaranya ialah:
- Umur
- Mengangkat objek yang berat
- Berat badan yang melampau
- Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama
- Trauma seperti kecederaan semasa bersukan atau kemalangan
- Jarang bersenam
Selain itu,terdapat beberapa tanda awal yang perlu diambil berat. Slip disc boleh dikenalpasti melalui simptom seperti:
- Sakit dan kebas selalunya pada bahagian sebelah badan sahaja
- Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
- Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang
- Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
- Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
- Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
Berkenaan masalah yang anda hadapi, kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.