Sulit
2 tahun
Seakan muka mengalami Bell Palsy
Saya wanita berusia 23 tahun dan telah herkahwin. Saya penghidap multiple slclerosis. 3 hari yang lepas, pandangan mata di sebelah kiri saya berbeza dengan sebelah kanan. Dam ianya seakan terasa berat (jatuh). Pipi sehelah kiri saya mula terasa seperti tertarik seakan bell palsy tetapi tidak teruk. Saya sabgat risau dan ingin tahu puncanya. Bagaimana cara untuk mengatasinya?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan kepada saraf akibat pneyakit multiple sclerosis
- Kecederaan kepada kepala
- Bell’s palsy
- Otitis media - jangkitan pada bahagian tengah telinga
Memandangkan anda mempunya penyakit multiple sclerosis, saya menyarankan agar menjumpai doktor dengan secepat mungkin bagi mendapatkan pemeriksaan yang teliti dan rawatan yang sepatutnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.