snzd1205
2 tahun
Pertanyaan Bell’s palsy
Hai. Saya berumur 21 tahun. Sebelum ini doktor diagnosed saya ada bell’s palsy di muka lebih kurang 3 tahun lepas. Saya diberi ubat steroid dan kena pegi physiotherapy. Tapi saya tidak pergi phsio kerana ada hal. Mata saya akan berkelip sendiri dan walaupun saya tidak senyum, muka akan bergerak sendiri dan kelihatan senget. Adakah penyakit itu masih ada dan adakah perlu saya berjumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Bell’s Palsy adalah keadaan di mana otot-otot di satu sisi wajah anda menjadi lemah akibat trauma kepada saraf muka. Bagi kebanyakan orang, Bell’s Palsy adalah sementaradan akan hilang dalam masa beberapa minggu sehingga enam bulan. Bagaimanapun, sebilangan kecil orang terus mengalami simptom Bell’s Palsy untuk selamanya.
Antara komplikasi yang biasanya terkait dengan Bell’s Palsy adalah:
- Kerosakan irreversible kepada saraf muka
- Sykinesis iaitu kontraksi (pengecutan) sesetengah otot lain apabila menggerakkan otot lain. Contohnya, apabila anda tersenyum, otot mata pada bahagian yang terjejas mengecut dan menutup
- Akibat bahagian mata yang tidak tertutup, maka mata menjadi kering
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi muka anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.