afariznizam
2 tahun
Saraf pada siku sakit
Saya berumur 41 tahun, dari awal tahun saya mengalami sakit saraf pada siku, pada mula ya saya ingat ketika tidor terhempsp, tp lama kelamaan makan sakit makan Panadol baru hilang, saya jugak x bole mengangkat kuali dengan sebelah tangan. Tangan kanan saya tak bole mengangkat… Bole saya tahu sebab apa…?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kecederaan/keradangan pada saraf tangan
- Kecederaan/keradangan pada otot/ligamen/tendon siku
- Masalah saluran darah tangan
- Gejala awal gout atau artritis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.