Sulit
3 tahun
Nmo spectrum disease
salam sorry mengganggu,ibu saya ada sakit NMO Spectrum Disease.Jika tak keberatan,saya ingin bertanya.Doctor disini sarankan ibu saya cuci darah jadi kena tebuk perut.
Kalau tebuk perut,ada datangkan komplikasi apa apa ke?Atau risikonya tinggi?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda sekeluarga. Walau bagaimanapun memandangkan deskripsi kondisi ibu anda yang telah anda berikan mempunyai sejarah yang agak berat, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan & konsultasi kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan ibu & keluarga anda mendapat penerangan & rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Pastikan kebersihan tubuh keluarga anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Umumnya berdasarkan kondisi ibu anda, lazimnya seorang doktor hanya akan menyarankan sesuatu tindakan berdasarkan penilaian yang terbaik demi kesihatan pesakit. Sebagai contoh feeding tube merupakan salah satu alternatif yang boleh dilaksanakan sekiranya pesakit tidak mampu lagi mendapatkan zat makanan melalui saluran pencernaan yang normal. Sebarang risiko berkenaan rawatan tersebut adalah lebih baik dibincangkan secara tertur dan berhadapan degan doktor anda.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.