fazerafadzli
3 tahun
Pipi kanan bergerak gerak
Salam Doc… pipi kanan bergerak-gerak dgn sendiri… paling ketara dapat dirasai semasa nak tidur… agak kerap juga terjadi…apakah puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah pergerakkan pipi kanan dengan sendiri dan ingin mengetahui puncanya.
Untuk makluman anda, gejala pergerakkan otot muka yang tidak simetri boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit, antaranya termasuk:
- Gangguan saraf pusat
- Bells palsy
- Strok
- Multiple sclerosis
- Guillain-Barré syndrome
- Ramsay-Hunt syndrome
- Trauma saraf muka,
- Penyakit autoimmune (i.e Sjogren’s syndrome)
- atau penyakit lain yang memerlukan rawatan dari doktor
Anda disarankan untuk berbincang mengenai masalah ini dengan doktor untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan diagnosis yang tepat.
Saya harap penjelasan diatas memuaskan dan jika anda perlu bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.